Kak Long C00KIES ...dan KARI
Blog ini untuk meraikan anak syurga kami...Kak Long Humaira yang sentiasa istimewa di hati kami.
Monday, 7 January 2019
Thursday, 26 April 2018
Vanilla Cup Cakes-Kek Cawan
Salah satu lagi kesukaan bebudak ni adalah cup cakes lah. Paling mereka suka, part isi dalam cup tu. Then part nunggu... 4-5 kali ulang alik tanya masak ke idak. Dan yang paling best...terus ngap masa panas-panas. Sekali dgn mama dia pun join jugak hahaha...
Memang banyak resepi cup cakes,akk ni cerewet sikit. Banyak resepi bila dimasak, bau telurnya naik. Akhirnya barulah dapat tips, telur kena dicampur dengan esen vanila, kacau sikit. Selepas itu baru masukkan dalam bancuhan mentega dan gula yang telah dipukul kembang...dan lepas tu ikutlah semua step-step yang lain.
Di sini akk share resepi Vanilla Cup Cakes...kira resepi asas untuk cup cake.
Vanilla Cupcakes
Bahan2nya:
150g
mentega, suhu bilik
150g
gula kaster
3
biji telur gred A atau B
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar(Susu kotak biasa tu..)
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar(Susu kotak biasa tu..)
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
1. Pukul mentega & gula
hingga lembut dan berkrim.
2. Dalam bekas lain, masukkan esen vanila ke dalam telur. Pukul sedikit. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam mentega yang telah kembang.
3. Masukkan separuh tepung yang telah di ayak, berselang-seli dengan susu segar. Gaul sebati.
4. Tuang adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.
5. Bakar pada suhu 170-190 c selama 12 - 15 minit hingga bertukar warna keemasan. Suhu ni ikut jenis oven masing-masing ya.
2. Dalam bekas lain, masukkan esen vanila ke dalam telur. Pukul sedikit. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam mentega yang telah kembang.
3. Masukkan separuh tepung yang telah di ayak, berselang-seli dengan susu segar. Gaul sebati.
4. Tuang adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.
5. Bakar pada suhu 170-190 c selama 12 - 15 minit hingga bertukar warna keemasan. Suhu ni ikut jenis oven masing-masing ya.
Keluar dan sejukkan.
Ini cup cakes yang dah siap deco dengan butter cream untuk Cikgu-cikgi sekolah anak-anak...saja je. Hias pakai butter-cream dan all aksesori yang ada dalam stok...
Yang ini dihias dengan butter cream dan fondant. Yang ni sesuai untuk hantaran ke, hadiah ke...nak makan sendiri paling best pakai fresh cream lah.
Dan
ini hasil kerja tangan anak-anak...termasuklah Kak Long. Amacam..macam talent juga ....cute juga jadinya-kan...
Utk ibu-ibu , projek baking cup cakes lah antara yang paling mudah untuk create bonding dgn anak-anak. Tak caya...try dulu...
OK, selamat mencuba.
Resepi Crunchy Almond Caramel
Pada yang pertama kali nak mencuba, tepung florenta atau bienetta ini macam gula, bila dipanaskan ..tepung ini akan 'pegang' semua kekacang...
| Ini logo lama ...cute seyyyy hehehe... |
Crunchy Almond Caramel
Bahan-Bahan:
200 gm tepung Florenta @ Bienetta--ada jual kat bakery
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Cara-cara:
- Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C sehingga nampak keperangan.
- Gaulkan semua bahan dalam bekas sehingga sempurna.
- Alas loyang dengan kertas kek/parchment, bukan kertas lapik biasa tu. Perlu pakai kertas ini utk mudah dipotong. Boleh pakai Loyang 14" x 14" atau yang bersesuaian.
- Panaskan oven pada suhu 160C(bergantung kpd jenis oven juga)
- Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis, nipis tu dalam 3-4mm atau sedang elok utk dipotong.
- Bakar dalam oven selama 10 minit
- Keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Tips dia...
Buat mudah, tapi masa nak potong tu memang
perlu cepat-cepat dipotong. lambat dipotong , ianya akan mengeras dan
terus mudah pecah bederai jadinya. Berpeluh tu biasalah.... Satu lagi
pastikan pakai alas kertas kek....
Salah satu lagi cara..pakai cup cakes yang macam rasa berlilin sikit dalam dia tu...cuma bentuk akhir akan bulat. Tapi lagi baik lah sebab tak ada kes pecah-pecah macam kat dalam loyang ni.
OK, jangan lupa untuk mencuba...rugi kalau tak cuba. Kompom anak-anak suka..dan mak dia pun suka jugak(sudah pastilah kannn...)
Tuesday, 24 April 2018
Serunding Daging Raya
Serunding Daging ni memang sedap , kalau meratah tu memang tak ingat diri. Cuma banyak terjumpa yang agak manis dan yang nampak berminyak sikit. Ada yang tengik pula baunya..stok lama kot.
Oleh kerana satu famili kurang suka yang manis...jadi kenalah buat sendiri.Serunding dgn resepi ini tak manis, sebabletak gula sedikit sahaja. Sedap dia adalah pada santan kelapa yang meresap dalam daging. Jadi kenalah berlama atas api kalau nak sedap.
Untuk dijadikan lauk, ambil yang masih basah-basah sedikit. Untuk disimpan lama...biar kering betul. Kalau penat mengacau tu..pi rehat and tidur. Lepas tu sambung balik..tak lah mesti sekali harung siap.
Sekali tu, saya pos gambar serunding ni..ada pula mak buyung yang teringin. Makanya kita pos FOC je lah kat dia...apa nak buat. Kita pun pernah mengandung..jangan memain dengan orang mengidam ni.
OK, boleh ushar resepi ini..dan cara masak macam itulah. Kot nak tumis bagai ke..ikut suka korang lah.
Serunding Daging kemain sedap...
Bahan-bahan :
1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
400 ml santan pekat
2 sudu besar gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili paste(cili yang diblend dengan sedikit belacan , bwg putih dan bwg merah)
sedikit serbuk kunyit
Bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
20 gm ketumbar (disangai terlebih dahulu)*
10 gm jintan manis (disangai)*
2 batang serai*
Nota:Yang bertanda * tu optional...kalau suka rempah ratus, masukkanlah
Cara-cara :
- Panaskan santan, masukkan sesudu garam.
- Masak santan hingga naik minyak, orang panggil minyak muda. Tempohnya dalam 30-45 minit utk naikkan minyak dari santan pekat. Perlu sering dikacau dan api mesti kecil.
- Masukkan bahan yang telah dikisar, biar naik bau.
- Masukkan cili paste , ikut tahap kepedasan yang diingini-sebatikan.
- Masukkan daging yang telah dicarikkan, kacau sebati.
- Masukkan gula dan garam sesedap rasa.
- Masak dan kacau berterusan, mungkin sekitar 1-2 jam.
- Bila dilihat santan kering, boleh ditutup api. Biar jgn kering sangat kerana jika terlalu kering, bila serunding sejuk akan menjadi bertambah kering.
Kek Red Velvet yang gebus
Kek ni ada class dia tersendiri. Kalau tengok Mama masak kek ni..Kak Long akan tanya.."Kek apa tu..?" Sebab tetiba tengok warna merah kan..dia pun pelik. kalau kita cakap..."Kek Red Velvet". Dia akan jawab..."Hah.." dengan muka pelik. Lepas tu biasanya cakap je.."Ni kek untuk Kak Long dan adik-adik makan...sedaaapppp.." Sure dia tersenyum.
Kek
Velvet
atau panggilan glamernya RV Cake. Memang banyak resepi semasa tapi
resepi ini yang paling best sebab lembut, gebu dan sedap pastinya.
BAHAN-BAHAN:
A:
(Kedua-dua
bahan dicampurkan dan diketepikan)
1 cawan susu
segar
1 sudu kecil
cuka makan
B:
(Semua bahan
B diayak)
2 ½ cawan
tepung gandum
2 sudu besar
serbuk koko
1 sudu kecil
baking powder
C:
(Kedua-dua
bahan C di campurkan didalam satu bekas berasingan)
1 sudu kecil
cuka makan
1 sudu kecil
soda bicarbonate/baking soda
B:
120 gm
mentega(suhu bilik)
1 ½ cawan
gula halus
2 biji telur
gred A (suhu bilik)
1 sudu kecil
esen vanilla
50ml pewarna
merah(bright red)
Kaedah:
Nota; Aturan
A~D adalah utk memudahkan penyediaan kek.
1. 1. Untuk Bahan A: campurkan cuka dan susu segar untuk
menjadikannya buttermilk. Kacau sedikit dan ketepikan dalam 10-15minit. Jika
kelihatan agak berketul sedikit, ianya telah sesuai utk digunakan.
2. 2. Untuk Bahan B: Tepung , baking powder dan serbuk
coklat di ayak.
3. 3. Untuk Bahan C: Cuka makan dan baking soda/soda
bikabornate dicampurkan di bekas berasingan.
4. 4. Untuk Bahan D: Pukul mentega dengan gula hingga
kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan masukkan esen vanilla. Masukkan
pewarna merah, boleh juga menggunakan 30 ml pewarna sahaja(iaitu satu botol
pewarna merah). Sekatakan adunan.
5. 5. Masukkan 1/3 dari adunan tepung kedalam adunan mentega
,kemudian masukkan 1/3 buttermilk. Lakukan berselang-seli sehingga habis.
6. 6. Setelah adunan sekata, masukkan bahan C(iaitu baking
soda yang dicampur dengan cuka makan).
7. 7. Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelum
itu. Bakar pada suhu 170-180oC untuk 25 hingga 30 minit.
Cream Chee-se
Frosting
Bahan-bahan
:
500g krim
keju (Philadelphia)
2 cawan
whipping cream(yang telah siap dipukul)
1 sudu kecil
esen vanilla
2 sudu besar
sunquick(boleh gunakan jus limau kasturi juga)
Gula icing
(ikut keperluan)
Cara-cara :
11. Krim keju biar dalam keadaan agak sejuk. Pukul hingga
tidak berketul.
22. Masukkan whipping cream , pukul sekata.
33. Masukkan esen vanilla dan sunquick, pukul hingga
smooth.
44. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, rasa hingga
hilang rasa masam tetapi krim ini tidak boleh terlalu manis.
55. Boleh dicuba sedikit krim dengan kek untuk merasa
keserasian kek +cream.
6. Simpan dalam peti ais sebelum disapu pada kek.
**
Dah sejuk kek tu..hiaslah apa yang patut. Ramai yang ramas dan tabur je atas kek...ikut suka citalah..janji buat pelan-pelan...berterabur karang hilang terus seninya.
Samperit Cheese yang ngencess...
Siapa yang tak tergoda kan dengar perkataan chee-se. Kaedah buat tu macam buat samperit biasa...cuma ada extra bahan iaitu Chee-se. Nak guna acuan apa pun ikut suka citalah...janji boleh ngapp..
Kak Long kurang skit bab cheese ni. Nak tahu dia suka ke idak..bagi dia makan. Dia akan pejam mata..lepas tu cakap...'Okay la..' Hehehe...frust tau kalau dia cakap OK...sebab itu tandanya tak berapa sedap pada tekak dia. Tapi untuk Mama dia, dah sedap sangat. :)
Terlebih rajin letaklah 2 kaler...
SAMPERIT CHEESE
Bahan-bahan:
Bahan A:
200 gm Mentega/Margerin
100gm Chee-se (Tatura pun OK)
130gm gula icing
2 sudu besar susu pekat manis
Bahan B:
2 bj merah telur
1 sk esen vanilla
---kacau sebati dengan sudu
Bahan C:
180gm tepung gandum
200gm tepung jagung
140gm tepung kastard
---diayak
Cara-cara:
a. Pukul bahan A hingga gebu dengan speed laju
b. Kurangkan kelajuan mixer, Masukkan bahan B
c. Ayak bahan C, semua tepung berkenaan dlm bekas lain.
d. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan, gunakan kelajuan perlahan.
e. Setelah adunan siap, gunakan acuan samperit dan bentukkan.
f. Bakar pada suhu 150-170*c(bergantung kepada jenis oven selama 15-20 minit.)
g. Sekiranya bahagian bawah agak kekuningan, ianya telah masak dan boleh diangkat.
Nota: On ada kipas oven, api yang digunakan adalah atas dan bawah.
TIPPPPSSS...
1. Tambah perasa chee-se oil dlm 1 sudu kecil jika ada, jika tak ada..abaikan saja. Jgn byk sgt sebab kuat bau cheese nanti
2. Telur boleh gred A atau B. Jika gred C, tambah extra dalam sebiji lagi.
3. Tepung yg siap diayak jgn dimasukkan semua ...asingkan salam letak dlm 30 gm. Jika adunan terlalu lembut, baru tambah. Jika rasa dah ok, then tak perlu tambah.
4. Biar kat luar sekejab baru bakar, supaya adunan tak jatuh
5. Kalau tak yakin, bakar sikit utk tgk adunan 'jatuh' atau tidak. Jika meleper tu...mungkin tak cukup tepung lah tu
OK, selamat menge-cheese semuanya.
#sambil tengok kak long ngunyah lepas tu bagi bagi balik separuh kat Mama dia...isk-isk-isk...
Monday, 23 April 2018
Kek Coklat Moist yang lembut..gebu dan sedap..
Satu resepi yang tak basah di hujan tak kemarau dek panas adalah Kek Coklat Lembab…apatah lagi yang moist dan melt dalam mulut ditambah pula dengan topping
coklat yang lazat…emm..yummilicious…
Memang dah bake byk kek
choc moist, tapi tak boleh lawan versi cake choc moist kukus…tak sama, memang
tak sama.
Kek Coklat Lembab yang sedap...
(Versi kukus)
Bahan A:
1 cawan serbuk koko (boleh pakai Serbuk koko local)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair(boleh pakai susu segar)
1 cawan minyak masak(or minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
Bahan A:
1 cawan serbuk koko (boleh pakai Serbuk koko local)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair(boleh pakai susu segar)
1 cawan minyak masak(or minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
Bahan B:
3 biji telur (pada suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
----dipukul sekejab
Bahan C:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat(soda bicarbonate)
1 sudu teh baking powder
---di ayak sekata
Cara-cara
1 sudu teh bikarbonat(soda bicarbonate)
1 sudu teh baking powder
---di ayak sekata
Cara-cara
- Masak Bahan A dalam periuk.Kacau berterusan dengan api kecil. Sejukkan.
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati
- Masuk bahan C sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan A dan B tadi.
- Masukkan adunan dalam loyang yagn dilengser dengan margerin dan ditabur dengan tepung. Pastikan air didihan betul-betul panas baru masukkan adunan dalam kukusan.
- Tutup permukaan loyang kek dengan kertas/alumunium foil utk elakkan wap menitis.
- Resepi juga boleh menggunakan bekas cup cakes(macam dlm gambar ni...)
- Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Elakkan membuka tudung kukusan.
- Untuk cup cake, dalam 15 minit sahaja jika menggunakan isian yang sedikit.
Di kukus dalam bekas plastik cup cakes sebab senang nak beri kepada
orang, juga dengan topping yang ala-ala cair dimulut ni, tak sesuai nak
masukkan dalam cup cakes biasa.
Topping coklat memang byk versi, ni versi bajet(hehehe). Nak
versi pakai whipping cream bagai..boleh saja. Tapi resepi ni mudah dan senang
dibuat dengan bahan yang available kat kedai sebelah rumah pun..tul tak?
Resepi Topping 5 minit :
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu mentega
Cara:
Panaskan minyak masak dan mentega
Panaskan minyak masak dan mentega
Masukkan
susu pekat dan serbuk koko.
Jika mahu
topping nampak pekat, boleh tambah, dan boleh kurangkan jumlah minyak. Kacau guna whisk yea...baru sekata.
--5 minit saja dah siap..itu pasal kak imah beri nama, "Topping 5 minit" --senang je kan :))
Biarkan
sejuk sebelum digunakan.
Caranya,
dah sejuk kek, curah saja topping ke atasnya. Selepas itu, letaklah
apa-apa sprinkles...coklat ke..manik ke...croquant...badam...janji
nampak menyelerakan.
Utk cup cake, boleh letak sprinkles love sebab itu yang anak-anak suka. Part ni salah satu part kesukaan kak long...macam-macam dia tabur.
TIPS........
TIP-TIPS BAHAN…
1.
Gunakan susu coklat menggantikan susu segar utk
menguatkan perisa kek
2.
Masukkan sedikit garam halus bagi menaikkan rasa…
Tambahan garam ini utk resepi yang gunakan minyak sahaja, bukan yang
menggunakan margerin/butter
cair yea.
3.
Masukkan sesudu kecil nescafe….hmmm….terasa
ummmmp lebih lagi tau…
TIP menyusun cup cakes…
Ini kalau pakai bekas macam ini, memang senang
sikit..susun-susun dan susun. Kejab je semua dah masak. Tak ada air masuk…kita ngam sangatlah.
Bekas kukusan ni arwah my mum punya…banyak pahala dia dapat
harapnya insyaAllah. Walau yang baru mungkin
berkilat warna bekas kukusan tu, tak sama dengan yang mak kita punya...kannn....
Sebab cup cake ini naik sedikit, jadi elok isikan sikit sahaja sebab nak letak topping lagi...kira macam lebih kurang byk ini sahaja.
Ini yang dah sendiri...ingatkan nak makan satu...tiba-tiba jadi dua...syytttt....jgn cakap kat orang tau...heheheh..
Apapun, selamat mencuba dan selamat menjamu
selera. Doakananda semua dimurahkan rezeki begitu juga dgn kami...Aamiin.
Congo Bars yang mudah dan sedap...
Resepi Congo Brownies
Bahan-Bahan:
Bahan A:
150 gm butter
300 gm gula perang - boleh kurangkan jika akan masukkan choc chip yg byk
300 gm gula perang - boleh kurangkan jika akan masukkan choc chip yg byk
Bahan B:
3 biji telur Gred A atau B (pada suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil orange oil (jika ada)—dipukul sedikit semua Bhn B
Bahan C:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder---Diayak
2 1/2 sudu kecil baking powder---Diayak
Bahan D: bahan tambahan untuk brownies
50 gm chocolate chips
100gm kismis - optional
Kepingan badam untuk taburan – optional
Kekacang (Walnut, pecan dll)
Cara: cara:
Cara: cara:
- Pukul dengan mixer speed medium Bahan A sehingga mentega larut dengan gula.
- Masukkan Bahan B dan pukul dengan speed medium(mixer)
- Masukkan Bahan C sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan speed perlahan.
- Setelah siap, masukkan Bahan D mengikut sukatan atau boleh divariasikan ikut selera anda.
- Tuang ke dalam bekas yang telah dialas. Disyorkan yang square untuk mudah dipotong. Ketinggian adunan sekitar 1” untuk satu bekas.
- Ratakan permukaan adunan (hentak sedikit yea) dan taburkan kepingan badam untuk hiasan
- Bakar pada suhu 160-170C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan.
Seronoknya membuat brownies ni sebab ianya ‘ready to eat’..dah
masak , boleh potong dan makan. Tak payah fikir nak deko ke. Kak Long memang antara yg setia menunggu utk ngap heheh....
OK, tak lupa some tips untuk yang pertama kali nak cuba buat
brownies ni.
TIPSSSS…..
- Adunan akhir agak kenyal, jadi jgn panik pula.
- Gula perang boleh saja diganti dgn gula castor. Memang manis sikit brownies ni, jadi jumlah gula ni ikut suka sendiri.
- Bahan A tadi, baca betul-betul..pukul hingga larut…bukan pukul hingga kembang. Pukul kembang tu untuk buat kek yea dek non…ni kita nak buat brownies hehehe.
- Bahan A+B… biar mix lama sikit supaya gula dan telur larut bersama. So…masa ni kita ayaklah tepung…step by step.
OK, itu saja tips ringkas.
Why tulis asing sbgai tips…sebab selalu sgt orang baca resepi-pun silap…tak perasan
arahan simple. Bila tulis sebagai TIPS..baru mereka perasan.
Nak durhaka resepi boleh, tapi biarlah masuk
level tahap cekap dulu yea…
(jangan marraaa….)
Subscribe to:
Comments (Atom)
Tahun baru semangat baru
Yang pastinya tahun ini agak senyap.
-
Say Cheeessseee........ Siapa yang tak tergoda kan dengar perkataan chee-se. Kaedah buat tu macam buat samperit biasa...cuma ada extra...
-
Resepi Congo Brownies Bahan-Bahan: Bahan A: 150 gm butter 300 gm gula perang - boleh kurangkan jika akan masukkan cho...









