Tuesday, 24 April 2018

Serunding Daging Raya

Serunding Daging ni memang sedap , kalau meratah tu memang tak ingat diri.  Cuma banyak terjumpa yang agak manis dan yang nampak berminyak sikit.  Ada yang tengik pula baunya..stok lama kot.

Oleh kerana satu famili kurang suka yang manis...jadi kenalah buat sendiri.
Serunding dgn resepi ini tak manis, sebabletak gula sedikit sahaja.   Sedap dia adalah pada santan kelapa yang meresap dalam daging.  Jadi kenalah berlama atas api kalau nak sedap.

Untuk dijadikan lauk, ambil yang masih basah-basah sedikit.  Untuk disimpan lama...biar kering betul.  Kalau penat mengacau tu..pi rehat and tidur.  Lepas tu sambung balik..tak lah mesti sekali harung siap.  

Sekali tu, saya pos gambar serunding ni..ada pula mak buyung yang teringin.  Makanya kita pos FOC je lah kat dia...apa nak buat. Kita pun pernah mengandung..jangan memain dengan orang mengidam ni.

OK, boleh ushar resepi ini..dan cara masak macam itulah. Kot nak tumis bagai ke..ikut suka korang lah. 

Serunding Daging kemain sedap...





Bahan-bahan :

1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
400 ml santan pekat
2 sudu besar gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili paste(cili yang diblend dengan sedikit belacan , bwg putih dan bwg merah)
sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
20 gm ketumbar (disangai terlebih dahulu)*
10 gm jintan manis (disangai)*
2 batang serai*

Nota:Yang bertanda * tu optional...kalau suka rempah ratus, masukkanlah

Cara-cara :
  1. Panaskan santan, masukkan sesudu garam.
  2. Masak santan hingga naik minyak, orang panggil minyak muda. Tempohnya dalam 30-45 minit utk naikkan minyak dari santan pekat. Perlu sering dikacau dan api mesti kecil.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar, biar naik bau.
  4. Masukkan cili paste , ikut tahap kepedasan yang diingini-sebatikan.
  5. Masukkan daging yang telah dicarikkan, kacau sebati.
  6. Masukkan gula dan garam sesedap rasa.
  7. Masak dan kacau berterusan, mungkin sekitar 1-2 jam.
  8. Bila dilihat santan kering, boleh ditutup api. Biar jgn kering sangat kerana jika terlalu kering, bila serunding sejuk akan menjadi bertambah kering.
Boleh disimpan lama dengan syarat santan pecah minyak dan cili pun sempurna masaknya. Biar benar-benar sejuk sebelum disimpan didalam bekas.

No comments:

Post a Comment

Tahun baru semangat baru

Yang pastinya tahun ini agak senyap.