Tuesday, 24 April 2018

Kek Red Velvet yang gebus

Kek Red Velvet

Kek ni ada class dia tersendiri.  Kalau tengok Mama masak kek ni..Kak Long akan tanya.."Kek apa tu..?"  Sebab tetiba tengok warna merah kan..dia pun pelik.  kalau kita cakap..."Kek Red Velvet".  Dia akan jawab..."Hah.." dengan muka pelik. Lepas tu biasanya cakap je.."Ni kek untuk Kak Long dan adik-adik makan...sedaaapppp.."  Sure dia tersenyum.
 
Kek Velvet atau panggilan glamernya RV Cake.  Memang banyak resepi semasa tapi resepi ini yang paling best sebab lembut, gebu dan sedap pastinya.

BAHAN-BAHAN:

A:

(Kedua-dua bahan dicampurkan dan diketepikan)

1 cawan susu segar

1 sudu kecil cuka makan

B:

(Semua bahan B diayak)

2 ½ cawan tepung gandum

2 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

C:

(Kedua-dua bahan C di campurkan didalam satu bekas berasingan)

1 sudu kecil cuka makan

1 sudu kecil soda bicarbonate/baking soda

B:

120 gm mentega(suhu bilik)

1 ½ cawan gula halus

2 biji telur gred A (suhu bilik)

1 sudu kecil esen vanilla

50ml pewarna merah(bright red)

Kaedah:

Nota; Aturan A~D adalah utk memudahkan penyediaan kek.

1. 1. Untuk Bahan A: campurkan cuka dan susu segar untuk menjadikannya buttermilk. Kacau sedikit dan ketepikan dalam 10-15minit. Jika kelihatan agak berketul sedikit, ianya telah sesuai utk digunakan.

2. 2. Untuk Bahan B: Tepung , baking powder dan serbuk coklat di ayak.

3. 3. Untuk Bahan C: Cuka makan dan baking soda/soda bikabornate dicampurkan di bekas berasingan.

4. 4. Untuk Bahan D: Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan masukkan esen vanilla. Masukkan pewarna merah, boleh juga menggunakan 30 ml pewarna sahaja(iaitu satu botol pewarna merah). Sekatakan adunan.

5. 5. Masukkan 1/3 dari adunan tepung kedalam adunan mentega ,kemudian masukkan 1/3 buttermilk. Lakukan berselang-seli sehingga habis.

6. 6. Setelah adunan sekata, masukkan bahan C(iaitu baking soda yang dicampur dengan cuka makan).

7. 7. Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelum itu. Bakar pada suhu 170-180oC untuk 25 hingga 30 minit.

Cream Chee-se Frosting

Bahan-bahan :

500g krim keju (Philadelphia)

2 cawan whipping cream(yang telah siap dipukul)

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar sunquick(boleh gunakan jus limau kasturi juga)

Gula icing (ikut keperluan)

Cara-cara :

11. Krim keju biar dalam keadaan agak sejuk. Pukul hingga tidak berketul.

22. Masukkan whipping cream , pukul sekata.

33. Masukkan esen vanilla dan sunquick, pukul hingga smooth.

44. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, rasa hingga hilang rasa masam tetapi krim ini tidak boleh terlalu manis.

55. Boleh dicuba sedikit krim dengan kek untuk merasa keserasian kek +cream.

6. Simpan dalam peti ais sebelum disapu pada kek.

**
Dah sejuk kek tu..hiaslah apa yang patut. Ramai yang ramas dan tabur je atas kek...ikut suka citalah..janji buat pelan-pelan...berterabur karang hilang terus seninya.

No comments:

Post a Comment

Tahun baru semangat baru

Yang pastinya tahun ini agak senyap.