Siapa yang tak tergoda kan dengar perkataan chee-se. Kaedah buat tu macam buat samperit biasa...cuma ada extra bahan iaitu Chee-se. Nak guna acuan apa pun ikut suka citalah...janji boleh ngapp..
Kak Long kurang skit bab cheese ni. Nak tahu dia suka ke idak..bagi dia makan. Dia akan pejam mata..lepas tu cakap...'Okay la..' Hehehe...frust tau kalau dia cakap OK...sebab itu tandanya tak berapa sedap pada tekak dia. Tapi untuk Mama dia, dah sedap sangat. :)
Terlebih rajin letaklah 2 kaler...
SAMPERIT CHEESE
Bahan-bahan:
Bahan A:
200 gm Mentega/Margerin
100gm Chee-se (Tatura pun OK)
130gm gula icing
2 sudu besar susu pekat manis
Bahan B:
2 bj merah telur
1 sk esen vanilla
---kacau sebati dengan sudu
Bahan C:
180gm tepung gandum
200gm tepung jagung
140gm tepung kastard
---diayak
Cara-cara:
a. Pukul bahan A hingga gebu dengan speed laju
b. Kurangkan kelajuan mixer, Masukkan bahan B
c. Ayak bahan C, semua tepung berkenaan dlm bekas lain.
d. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan, gunakan kelajuan perlahan.
e. Setelah adunan siap, gunakan acuan samperit dan bentukkan.
f. Bakar pada suhu 150-170*c(bergantung kepada jenis oven selama 15-20 minit.)
g. Sekiranya bahagian bawah agak kekuningan, ianya telah masak dan boleh diangkat.
Nota: On ada kipas oven, api yang digunakan adalah atas dan bawah.
TIPPPPSSS...
1. Tambah perasa chee-se oil dlm 1 sudu kecil jika ada, jika tak ada..abaikan saja. Jgn byk sgt sebab kuat bau cheese nanti
2. Telur boleh gred A atau B. Jika gred C, tambah extra dalam sebiji lagi.
3. Tepung yg siap diayak jgn dimasukkan semua ...asingkan salam letak dlm 30 gm. Jika adunan terlalu lembut, baru tambah. Jika rasa dah ok, then tak perlu tambah.
4. Biar kat luar sekejab baru bakar, supaya adunan tak jatuh
5. Kalau tak yakin, bakar sikit utk tgk adunan 'jatuh' atau tidak. Jika meleper tu...mungkin tak cukup tepung lah tu
OK, selamat menge-cheese semuanya.
#sambil tengok kak long ngunyah lepas tu bagi bagi balik separuh kat Mama dia...isk-isk-isk...


No comments:
Post a Comment