Salah satu lagi kesukaan bebudak ni adalah cup cakes lah. Paling mereka suka, part isi dalam cup tu. Then part nunggu... 4-5 kali ulang alik tanya masak ke idak. Dan yang paling best...terus ngap masa panas-panas. Sekali dgn mama dia pun join jugak hahaha...
Memang banyak resepi cup cakes,akk ni cerewet sikit. Banyak resepi bila dimasak, bau telurnya naik. Akhirnya barulah dapat tips, telur kena dicampur dengan esen vanila, kacau sikit. Selepas itu baru masukkan dalam bancuhan mentega dan gula yang telah dipukul kembang...dan lepas tu ikutlah semua step-step yang lain.
Di sini akk share resepi Vanilla Cup Cakes...kira resepi asas untuk cup cake.
Vanilla Cupcakes
Bahan2nya:
150g
mentega, suhu bilik
150g
gula kaster
3
biji telur gred A atau B
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar(Susu kotak biasa tu..)
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
180g tepung naik sendiri, diayak (atau tpg gandum + 1 sk baking powder)
50ml susu segar(Susu kotak biasa tu..)
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
1. Pukul mentega & gula
hingga lembut dan berkrim.
2. Dalam bekas lain, masukkan esen vanila ke dalam telur. Pukul sedikit. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam mentega yang telah kembang.
3. Masukkan separuh tepung yang telah di ayak, berselang-seli dengan susu segar. Gaul sebati.
4. Tuang adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.
5. Bakar pada suhu 170-190 c selama 12 - 15 minit hingga bertukar warna keemasan. Suhu ni ikut jenis oven masing-masing ya.

Keluar dan sejukkan.
Ini cup cakes yang dah siap deco dengan butter cream untuk Cikgu-cikgi sekolah anak-anak...saja je. Hias pakai butter-cream dan all aksesori yang ada dalam stok...
Yang ini dihias dengan butter cream dan fondant. Yang ni sesuai untuk hantaran ke, hadiah ke...nak makan sendiri paling best pakai fresh cream lah.
Dan
ini hasil kerja tangan anak-anak...termasuklah Kak Long. Amacam..macam talent juga ....cute juga jadinya-kan...
Utk ibu-ibu , projek baking cup cakes lah antara yang paling mudah untuk create bonding dgn anak-anak. Tak caya...try dulu...
OK, selamat mencuba.