Piz-za home made dengan Noxxa
Melayan karenah anak dengan pelbagai menu yang mereka insist dari masa ke semasa memang perlu kesabaran yang tinggi..apatah lagi bila 2 girls tu nak ikut masuk dapur.
Untuk membuat pizza homemade ni tak ler susah sangat....so tak tu boleh bagi kat anak-anak.
Resepi pun mudah...pakai tepung gandum pun jadi. Yis dan baking powder letak paras sudu shj, tak perlu membukit. Tapi kena perap sekejab , baru naik elok.
Resepi yang macam dibawah ni:
1 cwn -Tepung gandum *
2 sudu besar -Yis kering*
2 sudu besar -Baking powder*
Secubit garam halus
3/4 cawan air
Cara-cara:
Bahan bertanda *(tepung+yis+baking powder) di kacau sekata. Nak ayak tepung dan baking powder dulu pun OK, lepas tu tambah yis kering.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
Masukkan air.
Ketepikan dalam 15 minit.
Kaedah menggunakan periuk Noxxa:
Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun.
Doh tepung yang telah sedia kedalam periuk Noxxa.
Tabur segala bahan Inti Piz-za(rujuk bawah) diatas doh yang telah disapu dengan sos pizza
Biasanya lepas sapu sos. letak cendawan, sosej, tabur daging, letak nenas, letak cheese dan tabur serbuk daun rosemary.
Setkan kepada STEAM-selama 7 minit
Sepanjang proses akan ada bunyi beeping...sila abaikan shj
Selesai STEAM, untuk garingkan bawah pizza, tukar ke setting DEEP FRY.
Biar sekejab dalam 1 minit untuk garingkannya.
Keluarkan pizza, sedia untuk dimakan.
Riang ria di dapur sentiasa ada...especially kalau Kak Long yang masuk sekali.
Berterabur tepung...tapi tak apa...itu kan proses pembelajaran.
Seronok memasing nak buat pizza. dapat 4 biji jadi memasing dapat merasa buat sendiri.
Topping Pizza:
Sos Pizza:
1 tin kecil Tomato Puree
5 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
--Campur dan masak sekejab diatas api kecil
Daging Cincang:
1 pack kecil Daging Cincang
3 ulas bawang putih dicincang kecil
1 labu bawang besar dipotong dadu.
Secubit garam/perasa(jika suka)
--Tumis bawang dengan 1 sudu kecil minyak
--Masukkan daging cincang yang telah dicuci/tapis.
--Masukkan garam dan perasa
--Daging akan mengeluarkan air. Bila telah bertukar ke warna agak pudar(masak), buang air.
Daging tak perlu masak lama.
Lain Bahan:
Nenas kiub- dipotong kecil
Sosej-dihiris nipis
Cendawan butang-dihiris nipis
Mozarella Cheese
Serbuk daun rosemary
Lain-lain apa sahaja yang dinginkan.
No comments:
Post a Comment